Sunday, June 21, 2009

SeLaMaT HaRi AyAh...RiNdU KaT AyAh.

JUN 21, 2009 (AHAD)

Assalamualaikum…..

Emm rasanya lama tak masuk web nie..kira2 da berapa bulan ek??. Biasala kerja belambak yang menunggu hendak di selesaikan. Rasa rindu pun ada pula nak mencarut kat cnie..huhuhu. sebenarnya tak de pun citer best yang nak tulis kat sini..saja nak menghabiskan masa yang ada ini. Al-maklumla cuti-cuti hujung minggu nie bosan lak tak de benda nak wat kan..

Hari ini 21 bh jun 2009 bersamaan dengan “HARI AYAH”..emm mesti best kan kalau dapat sambut dengan insan yang bergelar ayah tapi rasanya sudah kira-kira 15 tahun tak meraikannya. Bila terkenang kembali masa kecil-kecil rasa sebak lak dalam hati ini. Saya masih ingat lagi pada tanggal 5 julai 1995 merupakan hari paling sedih dan malang dalam hidup kami semua. Insan yang paling kami sayang telah pergi untuk selama-lamanya. Walaupun bapa dah lama pergi tapi sehingga hari ini saya masih terasa akan kehilangannya. Pada masa itu rasa seperti dunia ini gelap dan kosong sangat2. Ketika itu saya baru berusia 11 tahun. Mungkin masih terlalu muda untuk mengenal erti kesedihan dan kepayahan. Tapi itu la kehidupan..semua yang berlaku pasti ada hikmatnya. Bak kata orang yang patah akan tumbuh semula dan yang hilang pasti akan berganti tetapi dalam hidup kami tak ada sesiapa pun yang dapat mengantikan tempat ayah untuk selama-lamanya di dalam hati anak-anak ayah dan dalam hati saya tidak pernah pun tertanam yang ayah sudah pergi. Kadang-kadang itu saya merasakan ayah masih hidup tapi bila tahu kenyataan rasa macam hati ini di siat-siat…rasa sakit sangat-sangat.

Sejak ayah pergi, bermacam-macam masalah yang menimpah..kadang-kadang itu seperti tidak sanggup untuk menghadapinya. Rasa macam nak mati pun ada tapi syukurlah masih banyak insan yang sudi memberikan kekuatan dan bantuan moral kepada kami walaupun ada sesetengah orang itu yang sanggup mengambil kesempatan di atas kekalutan yang timbul. Saya ingat lagi semasa saya berada di tingkatan 2, kat sekolah mengadakan hari keluarga sempena hari anugerah kecemerlangan pelajar tapi masa itu saya tak dapat pun anugerah yala saya ini bukannya budak pintar pun huhu..:). Masa itu, ramai ibubapa yang datang kat sekolah. Bila melihat kawan-kawan saya bermesra dengan ayah dorg..timbul pula rasa cemburu, terasa sangat-sangat akan kehilangan ayah but xpela kan. Mak kan ada..bagi kami semua mak adalah mak dan bapa kami sekarang tapi yala lain kan..sendiri mo faham la..huhuhu
Kehilangan ayah menguatkan lagi keazam saya untuk terus berjaya dalam hidup. Pernah suatu ketika saya hampir hanyut dangan dunia remaja..yala maklumla masa itu darah panas lagi darah memberontak katakan. Semua yang my famly cakap semuanya salah..itu salah,ini salah..semuala tak kena di mata saya. Tapi syukurla di saat-saat genting di puncak jiwa remaja saya mengelegak..( chiss ayat itu..huhuhu ) ayah datang dalam mimpi saya dan masih jelas lagi dalam ingatan saya setiap butir yang berlaku dalam mimipi itu. Ayah datang dengan membawa dua orang kanak-kanak yang tidak pernah saya lihat..antala sampai sekarang pun saya masih tertanya-tanya siapa sebenarnya budak dua orang 2..emm apa-apa. Dalam mimpi itu, ayah berikan saya sebatang pensel dan kertas yang agak usang juga la. Saya bertanya dengan ayah kenapa memberikan saya benda itu..dan pesan ayah “pensel dan kertas ini sahaja yang mampu dia dan mak berikan kepada kami semua. Kalau kami semua pandai menggunakannya insyaAllah pensel dan kertas ini akan menjadikan kami seseorang”.. sejak hari itu saya benar-benar sedar dan sehingga hari ini kata-kata itu yang saya pegang sehingga saya berdiri sebagai insan yang berguna.

Melihat kejayaan demi kejayaan yang di capai oleh anak-anak ayah pasti ayah gembira melihat kami dari sana..tapi rasa agak terkilan juga, bila ayah tidak sempat melihat sendiri seorang demi seorang anak-anaknya keluar dari dewan dengan memegang segulung ijazah. Kalau lah ayah masih ada sekarang pasti ayah berbangga melihat kejayaan anak-anak ayah seorang demi seorang berjaya dan memegang segulung ijazah yang ayah teringin untuk melihatnya suatu ketika dahulu. Ayah ini adalah hadiah untuk ayah daripada kami anak-anak ayah yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ayah di sana. Sempena hari ayah ini, ingin saya ucapkan selamat hari ayah dan terima kasih di atas segala didikan dan tunjuk ajar yang ayah berikan kepada anak-anak ayah ini. Semoga ALLAH SWT tempatkan ayah didalam golongan insan-insan yang beriman…AMIN..

KAMI AMAT MENYAYANGI AYAH DAN AYAH SENTIASA BERADA DI SETIAP SUDUT HATI ANAK-ANAK AYAH HINGGA AKHIR HAYAT KAMI…
TERIMA KASIH AYAH


DARI ANAK AYAH




No comments: