Sunday, October 26, 2008

BoLa SePaK..JuRuLaTiH Vs PeMaIn, SaLaH SiApA??

melihat pada prestasi pemain bola sepak negara yang kian merundum,siapa yang patut di persalahkan jurulatih atau pun pemain??....pada pendapat saya la, asasnya semua jurulatih itu bagus kalau tak bagus cam ner jadi jurulatih kan?....cuma apa yang saya fikirkan pemain malaysia ini kena tukar mentaliti dorang la..yala kalau kita ambil jurulatih bertaraf 10 bintang kat dunia ini sekali pun takuk permainan dan pemikiran pemain-pemain bola sepak kat malaysia masih sama dan tak akan berubah sampai bila-bila pun kalau dorag tak ubah mentaliti dorang sendiri. kalau pemain-pemain kat malaysia ini tak nak tukar mentaliti dorang sendiri siapa lagi yang nak tukar??tak kan peminat yang kena tukar pulak. cuba tengok peluang pemain kita kat keluar negara...cerah kan tapi kenapa tak pergi?? sebabnya terlalu banyak alasan yang DORANG-DORANG nak diberikan. kalau lebih banyak mulut yang bergerak daripada usaha yang dijalankan sampai bila-bila pun pemain malaysia akan tetap macam ini. contoh paling dekat dengan kita la,cuba tengok ada tak pemain malaysia main kat indonesia??, tak de kan???.Pemain indonesia jer yang main kat malaysia...sebabnya dorang nak maju, sanggup tinggalkan negara semata-mata nak tingkatkan industri sukan bola sepak mereka bukannya bagi macam-macam alasan. Sedangkan kalau nak di bandingkan taraf permainan dan kemudahan yang ada di sana rasanya malaysia lebih lengkap semuanya. Bukan macam pemain kita, dapat peluang bermain dekat luar negara pun tak nak pergi dah itu bagi bermacam-macam pula. masalah bahasa la, cuaca la, makanan la, macam-macam lagi la sesuai sangat dengan tema astro, macam-macam ada..Sedangkan kat negara lain berebut-rebut nak bermain kat luar negara. Bukan la nak cakap pemain bola sepak kat malaysia ini teruk, tak berbakat yala kalau pemain-pemain kita tak berbakat kenapa orang luar bagi peluang dekat pemain-pemain kita bermain di tempat dorang kan?, tapi pemain-pemain itu sendiri yang melebelkan diri mereka ini teruk. kalau dah dapat peluang kenapa tak ambil kan? orang lain dah bagi pemain-pemain kita peluang sepatutnya kita ambil, kita rebut semua peluang yang di berikan. setidak-tidaknya dorang dapat meningkatkan lagi skill permainnya dorang sendiri dan ini secara tidak langsung dapat membantu dalam meningkatkan lagi mutu sukan dekat negara kita khususnya dalam sukan bola sepak yang boleh la di katakan HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU.....tapi kita tak boleh juga persalahkan 100% pemain kita sepenuhnya, sebabnya masih banyak pihak yang perlu di pertangggungjawabkan dalam meningkatkan lagi mutu sukan bola sepak di negara kita. Jadi renung-renungkan dan fikir-fikirkan la......

Saturday, October 18, 2008

APA PANDANGAN ANDA???

melihat kepada senario sekarang ini terlalu banyak petualang-petualang yang tumbuh bak cendawan selepas hujan turun tapi apa yang mereka sebenar nak perjuangkan??..saya masih lagi tercari-cari apa makna perjuang mereka sebenarnya. Bila jeling ke kanan kata nak perjuangkan nasib bangsa, bila jeling ke kiri pula mereka pun sama nak perjuangkan nasib bangsa juga tapi yang menghairankan kenapa semua nak kedudukan yang tinggi?perlu ke ada kedudukan yang tinggi baru dapat membela nasib bangsa yang kian terpesuk ke bawah sehingga sanggup menikam sebangsa sendiri.

Saturday, October 11, 2008

pEnGaLaMaN pErTaMa...


pengalama pertama mengajar para pelajar di smk rawang, selangor benar-benar mengajar saya erti kesabaran dan keikhlasan dalam melakukan semua amanah yang diberikan, malahan dalam hidup kita sediri. menjadi warga pendidik ini bukannya mudah, terlalu banyak tanggungjawab yang kita kena pikul tapi itu semua cabaran. Tanpa cabaran kita tidak akan tahu apa itu erti hidup, dan tanpa cabaran itu juga kita tidak akan tahu apa itu erti sebenarnya kesabaran dan keikhlasan. sekarang baru la saya faham kenapa cikgu-cikgu di sekolah pening-pening lalat la cam itu kalau masuk dalam kelas. Memang payah nak kawal budak-budak ini,memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Kalau boleh bertukar jadi Ultraman ka, Gaban Ka inda pun power rengers memang mahu tukar gak guna semua kuasa yang ada baru senang mahu kawal budak-budak. Tapi itu la kan, sudah jadi tanggungjawab sebagai warga pendidik. oleh itu kepada semua bekas guru-guru saya walau di mana pun berada terutamanya guru-guru di SMK.Lohan, Ranau TERIMA KASIH SEGALA ILMU YANG DICURAHKAN..akhir sekali pesanan saya kepada semua adik-adik yang sedang bersekolah..SAYANGILAH GURU ANDA DAN JANGAN SEKALI-KALI SIA-SIAKAN HIDUP ADIK-ADIK SEMUA...huhuhuhu

what do you say??

Not everyone can be as informed and as experienced as you are, and it's not always their fault. So cut some people some slack when they frustrate you with their questions. They are just working at their own pace and abilities, and they are dong their best.You can't fault them if their best isn't good enough for you. Instead of getting frustrated with them, just go off and take care of other things. They'll feel less pressure, and you'll feel less restricted....so apa kata "DoN`T Be SaD...BeRgEmBiRa DaN BeRbAhAgIaLaH..OpTiMiS DaN DaMaIlAh HiDup AndA..:)". jangan ikut kata hati tapi ikut la kata akal dan iman..insyaallah segala-galanya berjalan dengan lancar...