Sunday, October 26, 2008
BoLa SePaK..JuRuLaTiH Vs PeMaIn, SaLaH SiApA??
melihat pada prestasi pemain bola sepak negara yang kian merundum,siapa yang patut di persalahkan jurulatih atau pun pemain??....pada pendapat saya la, asasnya semua jurulatih itu bagus kalau tak bagus cam ner jadi jurulatih kan?....cuma apa yang saya fikirkan pemain malaysia ini kena tukar mentaliti dorang la..yala kalau kita ambil jurulatih bertaraf 10 bintang kat dunia ini sekali pun takuk permainan dan pemikiran pemain-pemain bola sepak kat malaysia masih sama dan tak akan berubah sampai bila-bila pun kalau dorag tak ubah mentaliti dorang sendiri. kalau pemain-pemain kat malaysia ini tak nak tukar mentaliti dorang sendiri siapa lagi yang nak tukar??tak kan peminat yang kena tukar pulak. cuba tengok peluang pemain kita kat keluar negara...cerah kan tapi kenapa tak pergi?? sebabnya terlalu banyak alasan yang DORANG-DORANG nak diberikan. kalau lebih banyak mulut yang bergerak daripada usaha yang dijalankan sampai bila-bila pun pemain malaysia akan tetap macam ini. contoh paling dekat dengan kita la,cuba tengok ada tak pemain malaysia main kat indonesia??, tak de kan???.Pemain indonesia jer yang main kat malaysia...sebabnya dorang nak maju, sanggup tinggalkan negara semata-mata nak tingkatkan industri sukan bola sepak mereka bukannya bagi macam-macam alasan. Sedangkan kalau nak di bandingkan taraf permainan dan kemudahan yang ada di sana rasanya malaysia lebih lengkap semuanya. Bukan macam pemain kita, dapat peluang bermain dekat luar negara pun tak nak pergi dah itu bagi bermacam-macam pula. masalah bahasa la, cuaca la, makanan la, macam-macam lagi la sesuai sangat dengan tema astro, macam-macam ada..Sedangkan kat negara lain berebut-rebut nak bermain kat luar negara. Bukan la nak cakap pemain bola sepak kat malaysia ini teruk, tak berbakat yala kalau pemain-pemain kita tak berbakat kenapa orang luar bagi peluang dekat pemain-pemain kita bermain di tempat dorang kan?, tapi pemain-pemain itu sendiri yang melebelkan diri mereka ini teruk. kalau dah dapat peluang kenapa tak ambil kan? orang lain dah bagi pemain-pemain kita peluang sepatutnya kita ambil, kita rebut semua peluang yang di berikan. setidak-tidaknya dorang dapat meningkatkan lagi skill permainnya dorang sendiri dan ini secara tidak langsung dapat membantu dalam meningkatkan lagi mutu sukan dekat negara kita khususnya dalam sukan bola sepak yang boleh la di katakan HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU.....tapi kita tak boleh juga persalahkan 100% pemain kita sepenuhnya, sebabnya masih banyak pihak yang perlu di pertangggungjawabkan dalam meningkatkan lagi mutu sukan bola sepak di negara kita. Jadi renung-renungkan dan fikir-fikirkan la......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wah..miss jue..berabis nmpk..but anyway mng btul 2 cma..err..siapa ya pemain kita yg dpt pluang main kat luar sna?..btul ni sia x tau ooo....
Post a Comment